Enjin Carian Anda!

Friday, January 29, 2010

epineprine

Setiap kali kau berada didepan mata, perasaan ini muncul.
Tak dapat dikawal kadangkalanya.
Ya Allah.. Jika benar dia milikku, dekatkan la hati ku pada nya Ya Allah..
Jika tidak, engkau hapuskan lah perasaan ini Ya Allah..
 

Kawan, Sahabat, Rakan, Buddy, BFF


Apa maknanya semua ni? Sesungguhnya Kawan, Sahabat, Rakan, Buddy, BFF ni lah orang yang banyak melingkari ruang lingkup hidup kita.. Tanpa mereka, kelam lah hidup ini.. Banyak memori kisah suka duka hidup kita banyak kita kongsi bersama mereka.. Tapi banyak juga yang suka mengambil kesempatan atas satu perhubungan yang suci ini... Bagi aku, kawan ialah orang yang banyak berada disekeliling kita pabila kita gembira, bila kita berduka lara, entah kemana mereka.. Sahabat pula orang yang selalu berada disisi kita.. Tak kira suka atau duka.. Mereka sanggup mengenepikan hal mereka sendiri demi untuk mengembirakan kita.. Susah benar kini untuk kita bertemu dengan seorang SAHABAT.. Yang banyak cuma hanyalah KAWAN sahaja.. Alangkah baiknya seorang sahabat ni bagi kita.. Kerana Allah telah menjanjikan naungan bagi mereka yang saling cinta mencintai kerana Allah di mana keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah - (Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan Ibnu Majah) yakni mereka yang bersahabat tulus ikhlas kerana Allah dan bukannya dengan niat kepentingan diri sendiri..

Terima Kasih kepada mereka yang sudi menjadi sahabat kepada ku walau ku tahu ku tak pernah menjadi sahabat yang terbaik kepada mereka.