Daripada cerita dan hadis ini, jelas kemesraan rumah tangga yang dipamerkan Rasulullah s.a.w. Mereka saling menyayangi walaupun melalui kehidupan yang sederhana. Resepi rumah tangga Rasulullah s.a.w bertitik tolak daripada menyintai Allah s.w.t. Apabila Allah menjadi rujukan kehidupan maka Allah s.w.t akan mengatur seluruh kehidupan kita. Untuk mendapatkan rumah tangga yang rukun, aman dan damai maka ia perlu bermula dengan menyintai Allah s.w.t. Justeru cintailah (cinta Allah) sebelum menyintai seseorang dan bercintalah dengan orang yang dicintai Allah nescaya kita akan mendapat cinta yang sejati. Kisah itu tidak selesai di situ sahaja kerana Allah merancang berkenaan kehidupan selepas dunia. Jangan kita alpa dengan hal keduniaan sahaja kerana pada masa yang sama, akan ada satu lagi kehidupan yang kekal abadi di sana. Sudahkah kita bersedia dengan amalan yang akan kita bawa bersama ke sana?
Kesimpulannya, jika kita mahukan kebaikan, bersahabatlah dengan mereka yang mencintai Allah. Pilihlah sahabat yang baik budi pekerti dan akhlaknya dan boleh membantu kita dalam keadaan susah atau senang.
Ciri-ciri sahabat yang baik adalah :
- Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu.
- Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu itu.
- Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu.
- Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerima dengan baik.
- Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargainya.
- Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya.
- Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya.
- Jika engkau berdiam diri (kerana malu untuk meminta), dia akan bertanya akan kesusahan kamu.
- Jika datang sesuatu bencana terhadap kamu, dia akan meringankan kesusahan kamu.
- Jika engkau berkata kepadanya, dia akan membernarkan kamu.
- Jika engkau merancang sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu.
- Jika kamu bercakap-cakap, mereka tidak lupa akan akhirat.
(Sumber : Mohd Zawawi Yusoh - Harian Metro Edisi Jumaat, 5 Februari 2010)
Sesungguhnya kita sebagai manusia biasa tidak terlepas dari melakukan kesalahan, marilah kita sama-sama berusaha menjadikan hari ini lebih baik dari semalam dan hari esk lebih baik dari hari ini dalam kita menjalani kehidupan seharian. Jika kita melihat kemungkaran didepan mata, hendaklah kita mengubahnya dengan tangan, kika tidak mampu, cegahlah dengan lisan dan apabila tidak mampu, cegahlah dengan hati yang demikian itu adalah selemah-lemah iman - Hadis Riwayat Imam Muslim.
No comments:
Post a Comment