Enjin Carian Anda!

Thursday, April 1, 2010

Noktah Cinta .


Ternyata semua bicaraku
Tersimpan di dalam hatiku
Ternyata semua soalanku
Tak pernah kau fikir di fikiran
Mengapa kau masih
Mencari kepastian dalam cinta
Dan di sini masih
Menanti jawapannya
Tuhan tolong nyatakanlah
Padanya tentang cinta
Adakah masih diriku diperlukan
Tuhan tunjukkan padanya
Tentang apa yang ku fikirkan
Adakah cinta ini perlu untuk dirinya
Berbicara tentang cinta kita
Masih tiada noktah penghujungnya
Berbicara tentang perasaan
Simpan saja semua itu
Mengapa kau masih
Mencari kepastian dalam cinta
Dan di sini masih
Menanti jawapannya
Tuhan tolong nyatakanlah
Padanya tentang cinta
Adakah masih diriku diperlukan
Tuhan tunjukkan padanya
Tentang apa yang ku fikirkan
Adakah cinta ini perlu untuk dirinya

Friday, February 5, 2010

Hawa

Wanita diciptakan dari tulang rusuk Adam.. Bukan daripada kepala untuk dijunjung, bukan daripada kaki untuk dipijak-pijak, tetapi daripada tulang rusuk yang dekat dengan hati untuk disayangi, dibimbing menjadi teman hidup yang boleh membawa kita ke arah kebaikan di dunia dan di akhirat.

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata yang bermaksud: “Telah bersabda Rasulullah s.a.w. jagalah kaum wanita (dengan baik), sesungguhnya wanita diciptakan dari tulang rusuk (min dil‘) dan sesungguhnya yang paling bengkok dari tulang rusuk itu adalah yang teratas, maka jikalau engkau berusaha meluruskannya engkau akan mematahkannya dan jika engkau biarkannya ia akan kekal bengkok, maka jagalah kaum wanita (dengan baik)”.

Adam dan Hawa

Asal usul kita adalah daripada ibubapa yang sama, adam dan hawa. Tapi kenapa kita hari ni, suka bergaduh,berbalah sesama sendiri, sesama islam? Sedangkan kita bersaudara.. Mengapa kita berjiran sebelah rumah tapi tidak pernah bertegur siapa? Sedangkan kita bersaudara..Fikir-fikirkanlah.. Umat islam boleh menjadi umat yang kuat sebagaimana sejarah telah membuktikan jika kita bersatu...

Cintailah seseorang yang mencintai Allah.

Suatu hari Nabi Muhammad s.a.w melabuhkan kepalanya di riba Aisyah sehingga baginda tertidur. Ketika Aisyah membelai Nabi, dia amat terharu kerana menjadi isteri manusia paling agung di sisi Allah s.w.t. Terdapat ramai wanita di dunia ini, tetapi Aisyah terpilih sebagai pasangan hidup Rasulullah s.a.w. Perasaan Aisyah bahagia tidak terkira namun Aisyah terkedu bimbang jika nasib malang menimpanya seperti isteri nabi lain kerana di dunia mereka hidup bersama sebagai pasangan suami isteri, tetapi pada hari akhirat, suami mereka ke syurga manakala mereka ke neraka. Seperti isteri Nabi Nuh dan Nabi Lut yang dirakamkan dalam Surah al-Tahrim ayat 10 antara maksudnya : "Kedua-dua isteri Nabi Nuh dan Nabi Lut kedua-duanya masuklah ke neraka." Mengingatkan keadaan itu, Aisyah bimbang lalu menangis sehingga air matanya jatuh mengalir ke muka Rasulullah s.a.w yang mulia itu lalu mengejutkan baginda. Apabila terjaga, baginda terus bertanya kepada Aisyah apa yang terjadi. Aisyah menceritakan hal itu kepada Nabi yang kemudian baginda bersabda yang maksudnya : "Manusia akan lupa segalanya ketika berada pada tiga tempat iaitu ketika menerima catatan amalan, amalan ditimbang dan meniti titian sirataal mustaqim."

Daripada cerita dan hadis ini, jelas kemesraan rumah tangga yang dipamerkan Rasulullah s.a.w. Mereka saling menyayangi walaupun melalui kehidupan yang sederhana. Resepi rumah tangga Rasulullah s.a.w bertitik tolak daripada menyintai Allah s.w.t. Apabila Allah menjadi rujukan kehidupan maka Allah s.w.t akan mengatur seluruh kehidupan kita. Untuk mendapatkan rumah tangga yang rukun, aman dan damai maka ia perlu bermula dengan menyintai Allah s.w.t. Justeru cintailah (cinta Allah) sebelum menyintai seseorang dan bercintalah dengan orang yang dicintai Allah nescaya kita akan mendapat cinta yang sejati. Kisah itu tidak selesai di situ sahaja kerana Allah merancang berkenaan kehidupan selepas dunia. Jangan kita alpa dengan hal keduniaan sahaja kerana pada masa yang sama, akan ada satu lagi kehidupan yang kekal abadi di sana. Sudahkah kita bersedia dengan amalan yang akan kita bawa bersama ke sana?

Kesimpulannya, jika kita mahukan kebaikan, bersahabatlah dengan mereka yang mencintai Allah. Pilihlah sahabat yang baik budi pekerti dan akhlaknya dan boleh membantu kita dalam keadaan susah atau senang.

Ciri-ciri sahabat yang baik adalah :
  • Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu.
  • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu itu.
  • Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu.
  • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerima dengan baik.
  • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargainya.
  • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya.
  • Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya.
  • Jika engkau berdiam diri (kerana malu untuk meminta), dia akan bertanya akan kesusahan kamu.
  • Jika datang sesuatu bencana terhadap kamu, dia akan meringankan kesusahan kamu.
  • Jika engkau berkata kepadanya, dia akan membernarkan kamu.
  • Jika engkau merancang sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu.
  • Jika kamu bercakap-cakap, mereka tidak lupa akan akhirat.
Artikel ini telah diubahsuai berdasarkan pemahaman saya tanpa mengubah maksud asalnya.

(Sumber : Mohd Zawawi Yusoh - Harian Metro Edisi Jumaat, 5 Februari 2010)

Sesungguhnya kita sebagai manusia biasa tidak terlepas dari melakukan kesalahan, marilah kita sama-sama berusaha menjadikan hari ini lebih baik dari semalam dan hari esk lebih baik dari hari ini dalam kita menjalani kehidupan seharian. Jika kita melihat kemungkaran didepan mata, hendaklah kita mengubahnya dengan tangan, kika tidak mampu, cegahlah dengan lisan dan apabila tidak mampu, cegahlah dengan hati yang demikian itu adalah selemah-lemah iman - Hadis Riwayat Imam Muslim.

Friday, January 29, 2010

epineprine

Setiap kali kau berada didepan mata, perasaan ini muncul.
Tak dapat dikawal kadangkalanya.
Ya Allah.. Jika benar dia milikku, dekatkan la hati ku pada nya Ya Allah..
Jika tidak, engkau hapuskan lah perasaan ini Ya Allah..
 

Kawan, Sahabat, Rakan, Buddy, BFF


Apa maknanya semua ni? Sesungguhnya Kawan, Sahabat, Rakan, Buddy, BFF ni lah orang yang banyak melingkari ruang lingkup hidup kita.. Tanpa mereka, kelam lah hidup ini.. Banyak memori kisah suka duka hidup kita banyak kita kongsi bersama mereka.. Tapi banyak juga yang suka mengambil kesempatan atas satu perhubungan yang suci ini... Bagi aku, kawan ialah orang yang banyak berada disekeliling kita pabila kita gembira, bila kita berduka lara, entah kemana mereka.. Sahabat pula orang yang selalu berada disisi kita.. Tak kira suka atau duka.. Mereka sanggup mengenepikan hal mereka sendiri demi untuk mengembirakan kita.. Susah benar kini untuk kita bertemu dengan seorang SAHABAT.. Yang banyak cuma hanyalah KAWAN sahaja.. Alangkah baiknya seorang sahabat ni bagi kita.. Kerana Allah telah menjanjikan naungan bagi mereka yang saling cinta mencintai kerana Allah di mana keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah - (Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan Ibnu Majah) yakni mereka yang bersahabat tulus ikhlas kerana Allah dan bukannya dengan niat kepentingan diri sendiri..

Terima Kasih kepada mereka yang sudi menjadi sahabat kepada ku walau ku tahu ku tak pernah menjadi sahabat yang terbaik kepada mereka.

Wednesday, December 16, 2009

. Perasaan .

Ya Allah, jika dia benar untukku,
Maka dekatkanlah hatinya dengan hatiku,
Jika dia bukan milikku,
Damaikanlah hatiku dengan ketentuan-Mu.


Ya Allah.. Indah sungguh perasaaan yang engkau ciptakan didalam sanubari setiap insan yang bergelar manusia dimuka bumi ini. Dari Nabi Adam dan Hawa hinggalah kini, kita sentiasa diulit perasaan kasih sayang.