Enjin Carian Anda!

Friday, June 24, 2011

bukan itu

maafkanlah aku. aku bukan berniat begitu. cuma kadang-kadang susah untuk aku jelaskan. kerana kita tidak pernah berbicara ketidakpuasan hati masing-masing. mungkin aku salah anggap. tapi aku tetap terasa aku perlu jelaskan.

sejarah lama pernah mengajar diri aku. aku telah lama dibenci oleh seseorang tanpa diberi peluang untuk menjelaskan perkara yang sebenar. mungkin kerana aku penakut mungkin tapi apa pun, aku pernah mencuba meminta maaf. sehingga kini aku tidak tahu status aku. telah aku dimaafkan kan atau tidak. tapi pokoknya, aku tidak pernah diberi peluang untuk menerangkan hal yang sebenar. dan kerana hal inilah, aku sudah serik untuk menyakitkan hati siapa-siapa.

prinsip aku kini, hidup terlalu singkat untuk menyakitkan hati orang. mungkin esok lusa aku sudah tiada. hilanglah aku jika kiranya selama ini kau anggap aku sebagai langau yang mengacau. aku cuma perlu kau tegur, kiranya kau rasa apa yang ku tuturkan itu kau anggap sebagai mengumpat mu atau mengata mu dari belakang. sesungguhnya aku tidak bermaksud sedemikian. ketahuilah, sudah lama aku menggangapmu kawan baikku, dunia dan akhirat. ibumu begitu baik bagi ku. tidak akan ku melakukan perkara seumpama itu. kau tegurlah aku. aku bukan insan sempurna.

aku juga adalah aku. kadang-kadang perangaiku bukanlah dalam apa yang baik sahaja. aku cuba setiap masa untuk memperbaiki diri. insyaAllah. bimbinglah aku. wahai sahabat. insyaAllah.

No comments:

Post a Comment