Enjin Carian Anda!

Thursday, April 1, 2010

hitam putih kereta ku.

Haha.

Apakah itu hitam putih kereta ku?

Emm.. Semenjak belajar di Uniten ni, nilah kedua-dua kenderaan ku, kalau x Wira hitam, pasti kelisa putih menjadi teman setia ku.

Macam2 cerita ada.

Contohnya, ada satu hari tu, masa tengah memandu dari uniten nak balik ke Putrajaya, ada sekali aku terlelap semasa memandu. Ya Allah.. aku pun tak tau macam mana boleh terlelap waktu tu. Tapi Alhamdulilah... Aku terjaga tepat pada waktunya. Rasanya terlelap dalam beberapa saat jer. Masa terbangun tu, tengok kereta dah ke kiri nak langgar ada satu lori yang tengah berhenti. Cepat-cepat aku betulkan laluan dan teruskan pemanduan macam biasa. Tapi tu lah. Jadi pengajaran yang berguna bagiku. Tak taw macam mana bleh tertidur pun tak taw la. Ada kajian kata manusia memang mengantuk pada tengah hari. Betul kot. Kan bila kita makan tengah hari, mesti mengantuk, lagi-lagi kalau bantai makan nasi bryani. Haha. :D

Emm.. Tu kisah dengan kereta wira. Ni dengan kereta kelisa pulak. Kereta kelisa ni kereta kakak kedua aku. Selalunya kereta ni la yang akan aku pandu sebab kereta wira tu kereta mak aku. Kakak aku pulak pergi kerja ngan mak aku, jadi aku bawak la kereta kelisa ni (Haha.. Maaf, agak berbelit ayat :P). Emm. Kenangan dengan kereta kelisa ni.. Banyak kat uniten jugak. Selalu menjadi perhatian. Haha.. Emm sebenarnya x berapa ingat.. Haha..

Sebenarnya banyak lagi cerita antara kami bertiga. Banyak dah rahsia kami. Pe`el aku memandu banyak orang tak tahu. Hanya aku dan kereta-kereta ku sahaja yang tahu. Haha. :D

Itu sahajalah celoteh ku hari ini. Terima kasih kerana sanggup membuang masa membaca blog saya. :D

No comments:

Post a Comment