Enjin Carian Anda!

Sunday, August 29, 2010

Amanah Saham

Salam.

Kali ini saya ingin mengetengahkan mengenai perancangan kewangan pula bagi anda semua. Terutamanya sahabat2 rapat saya. Kita kalau boleh nak mencapai apa yang orang kata "fiancial freedom" untuk kemudian hari hendaklah bermula dari sekarang. Bak kata pepatah, "Melentur buluh biarlah dari rebungnya" Hehe. :P da mcm Karam Singh Walia dah bermadah2 ni. Haa. Oke2 kembali kepada tajuk, kalau kita mula pada peringkat paling awal ni, insyaAllah, tak de la berat sangat komitmen kita di masa hadapan. Kira duet gaji time kerja tu dah boleh bahagi banyak sikit untuk perbelanjaan. Kiranya, nanti simpan sikit je pun dah boleh menjana keuntungan yang tinggi, InsyaAllah..

Apa yang nak saya perkenalkan ni sama sekali bukannya MLM ataupun Skim Cepat Kaya mahupun Skim Piramid... Ianya menjanjikan pulangan yang berbaloi dan sesungguhnya amat memudahkan.



Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB)


- Skim ini diuruskan oleh Permodalan Nasional Berhad  (PNB)

Memang menjadi tujuan syarikat ini untuk memajukan kaum Bumiputera dia Malaysia ini. Ini petikan daripada lamanweb PNB. Jadi jangan risau. Pelaburan anda selamat.
Kami adalah organisasi pelaburan ulung yang komited untuk meningkatkan kekayaan ekonomi masyarakat Bumiputera khususnya dan menyumbang ke arah pertumbuhan dan kemakmuran negara bagi faedah rakyat Malaysia.



- Menjanjikan pulangan yang agak lumayan

PRESTASI TABUNG
Tahun Berakhir 31 Disember
2007
2008
2009
Kadar Pengagihan Pendapatan Seunit (sen)
8.00
7.00
7.30
Bonus Seunit (sen)
1.00
1.75
1.25
Sumber: Petikan dari laporan tahunan Skim Amanah Saham Bumiputera yang telah diaudit oleh juruaudit luaran yang bertauliah.
Anda boleh lihat, disebabkan kita membeli amanah saham ini pada harga RM1.00 sesaham, keuntungan yang kita perolehi adalah lebih kurang RM0.08 setahun untuk setiap ringgit. Bermakna ini agak lumayan juga kerana ianya adalah lebih dari 5% (berbanding akaun simpanan di bank yang hanya purata 1.45% hingga 3.00% sahaja (Simpan RM1.00 tapi untung hanya RM0.01 je untuk setiap ringgit)).


- Pelaburan yang menepati syarak

Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengharuskan pelaburan didalam ASB.
http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/pelaburan-dalam-asn-asb-dan-seumpamanya



Justeru, insyaAllah, marilah kita melabur untuk masa depan kewangan kita yang lebih terjamin.

Maklumat lanjut boleh diperoleh daripada laman web rasmi untuk ASB.

Waallahualam.. Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah dan yang tidak baik itu datang dari diri saya sendiri..

Salam.

1 comment:

  1. aku nak masuk juga saham nieh
    next sem nak masuk! rm500 cukup kan. heee

    ReplyDelete