Enjin Carian Anda!

Wednesday, August 25, 2010

Cinta Kawan

سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمُ اللهُ فِى ظِلِّهِ يَوْمَ لاَظِلَّ اِلاَّظِلُّهُ: اِمَامٌ عَادِلٌ وَشَابٌّ نَشَأَ فِى عِبَادَةِ اللهِ وَرَجُلٌ قَلْبُهُ مُعَلَّقٌ بِالْمَسْجِدِ اِذَاخَرَجَ مِنْهُ حَتَّى يَعُوْدَ اِلَيْهِ وَرَجُلاَنِ تَحَاباَّ فِى اللهِ اجْتَمَعَا عَلَيْهِ وَافْتَرَقَا عَلَيْهِ وَرَجُلٌ ذَكَرَ اللهَ فِى خَلْوَةٍ فَفَاضَتْ عَيْنَاهُ وَرَجُلٌ دَعَتْهُ امْرَأَةٌ ذَاتَ مَنْصَبٍ وَجَمَالٍ اِلَى نَفْسِهَا فَقَالَ اِنِّى أَخَافُ اللهَ رَبَّ الْعَالَمِيْنَ وَرَجُلٌ تَصَدَّقَ بِصَدَقَةٍ فَأَخْفَاهَا حَتَّى لاَ تَعْلَمَ شِمَالُهُ مَا تُنْفِقُ يَمِيْنُهُ.
  
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud : "Tujuh golongan yg akan dinaungi oleh ALLAH di bawah naungan-Nya di hari (hari kiamat) tidak ada naungan kecuali naungan-Nya.

1. Pemimpin yg adil,


2. Pemuda yg sentiasa beribadat kepada Allah semasa hidupnya,

3. Orang yg hatinya sentiasa berpaut pada masjid-masjid,

4. Dua orang yg saling mengasihi kerana ALLAH, keduanya berkumpul dan berpisah kerana ALLAH,

5. Seorang lelaki yg diundang oleh seorang perempuan yang mempunyai kedudukan dan rupa paras yg cantik  utk melakukan kejahatan tetapi dia berkata, 'Aku takut kepada ALLAH',

6. Seorang yg memberi sedekah tetapi dia merahsiakannya seolah-olah tangan kiri tidak tahu apa yg diberikan oleh tangan kanannya dan


7. Seseorang yg mengingati ALLAH di waktu sunyi sehingga mengalirlah air mata dr kedua matanya"

(HR. Bukhari & Muslim)

Hadis diatas ini jelas menerangkan kepada kita bahawa tiada naungan lain di hari akhirat nanti selain dari naungan Allah kepada 7 golongan yang tertentu sahaja. Sudah tentu kita ingin tergolong sama dikalangan mereka2 ini. Saya tertarik untuk mengupas satu daripadanya iaitu :-

Dua orang yg saling mengasihi kerana ALLAH, keduanya berkumpul dan berpisah kerana ALLAH,

Jika ditafsir ayat ini, kita akan mendapati bahawa kita perlu mencintai dan mengasihi juga membenci hanya kerana Allah s.w.t.. Ini termasuklah dalam segenap aspek kehidupan seperti hubungan antara lelaki dan perempuan dan juga antara lelaki dan lelaki dan juga sebaliknya.

Jika kita lihat pula hubungan yang berkisar dalam persahabatan, kedua2 hubungan ini saling berkaitan. Kita perlu mencintai atau membenci sahabat kita hanya kerana Allah. Contoh yang peling dekat yang boleh kita lihat ialah bagaimana ruang lingkup kehidupan kita sekarang sebagai seorang remaja.

Kita mempunyai ramai kenalan, ada yang perempuan dan ada yang lelaki. Tetapi adakah kita sanggup menegur sekiranya apa yang dilakukan teman kita itu melanggar batas hukum islam?

Meh saya tunjuk contoh situasi pula supaya anda lebih memahami apa yang saya maksudkan.

Situasi 1 : Keluar bersahur tika dinihari. (Hubungan lelaki dengan perempuan)

Mencintai bukan kerana Allah

Ahmad (bukan nama sebenar) sudah berjanji dengan Ain (bukan nama sebenar)  yang mereka berdua nk pegi makan sahur di McD pukul 2 pagi ni tapi kedua2nya tiada langsung pertalian yang membenarkan mereka untuk berdua2an. Terlintas dihati Ain yang perbuatan mereka ini berdosa tetapi kerana konon cinta yang teramat dalam pada Ahmad, Ain ikutkan sahaja kemahuan Ahmad.


Mencintai kerana Allah

Ahmad (bukan nama sebenar) ingin mengajak Ain (bukan nama sebenar)  untuk bersahur bersama di McD pukul 2 pagi ni. Pada permulaannya Ain setuju tetapi setelah dia memikirkan yang dia terlalu sayangkan Ahmad dan dia mahu mempersuamikan dan mahu sama-sama ke Syurga Allah (InsyaAllah), dia membatalkan hasratnya. Dia sanggup dimarahi Ahmad asalkan dikemudian hari dia mendapat keuntungannya.


Situasi 2 : Tika azan subuh berkumandang... (Perempuan dengan perempuan)

Mencintai bukan kerana Allah

Biasala remaja-remaja kaum hawa ni mereka suka 'sleepover' kat rumah rakan-rakan mereka terutama mereka yang dulu adalah sahabat kamcing tapi dah terpisah kerana study luar negara atau dah duduk di negeri lain. Ainaa (bukan nama sebenar) kini berada di Malaysia kerana bercuti 'summer'. Dia bercadang nak sleepover kat rumah kawan baiknya, Wani (bukan nama sebenar) dekat Putrajaya.. Malam tu pehh.. Gembira sakan diaorang, yelaa orang da lama x jumpa la katakan... Dengan berskype nyer bergambarnya.. Alih2 pukul 3 la mereka berdua ni tidur... Beberapa jam kemudiannya, "Allahuakbar Allahuakbar....." Azan subuh pun berkumandang... "Assola tu hairun minal naumm..." Wani tersedar. Dia pun bergegas menunaikan solat subuhnya. Akan tetapi dia kesian untuk mengejutkan Ainaa yang sedari tadi enak diulit mimpi...


Mencintai kerana Allah

Biasala remaja-remaja kaum hawa ni mereka suka 'sleepover' kat rumah rakan-rakan mereka terutama mereka yang dulu adalah sahabat kamcing tapi dah terpisah kerana study luar negara atau dah duduk di negeri lain. Ainaa (bukan nama sebenar) kini berada di Malaysia kerana bercuti 'summer'. Dia bercadang nak sleepover kat rumah kawan baiknya, Wani (bukan nama sebenar) dekat Putrajaya.. Malam tu pehh.. Gembira sakan diaorang, yelaa orang da lama x jumpa la katakan... Dengan berskype nyer bergambarnya.. Walaupun macam tu, mereka berdua ni tetap tido awal... Haha.. Sebab dah letih duk ber'huhahuha'. Beberapa jam kemudiannya, "Allahuakbar Allahuakbar....." Azan subuh pun berkumandang... "Assola tu hairun minal naumm..." Wani tersedar tapi Ainaa x bangun lagi. Dia pun kejutlaa si Ainaa ni sungguh. Liat betul nak bangun. Sampai kena tolak jatuh katil baru bangun. haha.. Bersolat la mereka berdua berjamaah..
 

Haa.. Jadi bagaimana? Sekiranya kita benar-benar mencintai rakan kita, tak kira lelaki ke perempuan ke, bencilah apa yang Allah benci tentang perbuatan mereka dan cintailah mereka setulus hati. InsyaAllah, di akhirat nanti kita sama sama memperoleh keuntungannya.

(P/S : Saya sangat mencintai rakan2 saya - nama2 mereka telah terpahat dihati walau apa pun yang berlaku, ketahuilah bahawa saya sangat mencintai kalian! =D)

1 comment:

  1. sangat suka entri ini farid
    suka sangat
    LIKE!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete