Enjin Carian Anda!

Monday, August 23, 2010

Masalah Masa Lahh!

Kadangkala ku terfikir, lagi banyak sebenarnya masalah yang dihadapi, lagi banyak pahala yang kita dapat. Betul tak?

Contohnya, dalam bulan Ramadhan yang penuh barakath ini kita nak pegi bazaar nak beli murtabak king :P. Tup tup tengah syok2 drive, tiba2 bunyi macam tayar pancit. Berenti la kat tepi jalan tu. Tengok2 memang betul pancit. Kita pulak sejak dari sekolah memandu dah tak pernah nak prektis tukar tayar.. Dahh sudah.. Lupa abes da camner nk tukar tayar.. Tiba2 adalaa dua hamba Allah ni datang bantu kita.. Akhirnya dapat la kita vroom2 ke bazaar tadi dengan gembiranya. Siap ajak dua orang yang tukarkan tayar tu tadi haa.. Jadi, dalam konteks situasi begini kita telah membantu orang lain untuk mendapat pahala daripada masalah kita. Malah berganda-ganda lagi pahalanya. Siap dapat kawan baru lagi.

Sebenarnya, masalah adalah pembantu kita dalam kehidupan ini.
Tanpa masalah, kita bukan manusia
Tanpa masalah, kita tidak akan maju
Tanpa masalah, kita tidak akan matang

Betapa bencinya kita untuk menghadapi masalah, masalah tu tetap akan datang.

Jadi, bersyukurlah dengan segala cabaran dan masalah yang mendatang kerana ia kelak membantu kita.

Trouble is a friend. =D

No comments:

Post a Comment